Tangan Adelin lincah menaip minit mesyuarat yang akan dihantar esok.Keletuk-keletuk bunyi keyboard kedengaran.Adelin dah tak pandang kiri kanan kerana terlalu fokus.Ni semua bos punya pasal!Esok nak hantar hari ni baru cakap suruh buat.Geram betul.
"Tak nak balik lagi ke Adelin?"tanya Rokiah di muka pintu.
"Ha!Apa dia?"Adelin mengangkat muka.Kurang dengar soalan yang ditanya sahabatnya itu.
"Aku tanya,tak nak balik lagi ke?Hari dah nak dekat pukul 6 ni."
Adelin melihat jam tangannya.Cepat betul masa berlalu.Minit mesyuarat baru separuh disiapnya.Rokiah masih setia menunggu jawapan Adelin.
"Kerja aku belum siap lagi ni."adu Adelin.
"Kau buat kerja apa tak siap lagi ni?"Rokiah sudah melangkah masuk.Beg tangan diletakkan di atas meja.
"Kau ke yang kena buat minit mesyuarat ni?"Rokiah bersuara lantang apabila melihat dokumen yang terpapar di skrin laptop.
"Yelah.Bos kesayangan kau tu tiba-tiba suruh aku buat.Dahlah dia baru bagi tadi."ujar Adelin geram.
"Mana pulak bos kesayangan aku!Bukan kau ke?"
"Tak ada maknanya."Adelin mengemas kertas-kertas dia atas mejanya.
"Kenapa kau berkemas pulak ni?Kerja kau kan belum siap lagi."Rokiah memandang pelik.
"Takkan aku nak tinggal sorang kat pejabat ni.Tak beranilah aku."
Rokiah sudah tergelak-gelak.
"Yang kau ketawa ni apasal?Aku ada buat lawak ke?"Adelin memandang geram.
"Mesti kau teringat masa kita dekat U dulukan.Masa kita pergi berkhemah dekat Bukit Kepong tu."Rokiah sudah reda tawanya.
"Tak kuasa aku nak ingat kejadian tu.Buat sakit hati adalah.Jomlah balik."Adelin sudah melangkah bersama beg laptop dan tongkatnya.Terkedek-kedek Rokiah berlari untuk menyaingi langkah Adelin.
"Kau masih tak boleh lupa ke pasal kejadian tu?"ringan mulut Rokiah bertanya sebaik punggungnya sudah selamat mendarat di tempat duduk pemandu.
Adelin hanya mendiamkan diri.Rokiah menghidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan keretanya mula menyusul keluar dari tempat parking.
"Adelin!Kau masih belum jawab soalan aku."sengaja Rokiah berlagukan suaranya.Adelin hanya tersenyum.
"Malaslah nak cakap pasal benda dah lepas tu.Kita borak pasal lain lah.Pasal novel terbaru di pasaran ke,pasal cerita korea ke.Sedap sikit nak mendengarnya."
"Nak ubah topiklah tu.Boleh aku tanya satu soalan cepumas?Kalau kau anggap aku kawan kau,kau kena jawab."serius je dengar suara si Rokiah ni.
"Kau dah maafkan Adam ke belum?"Rokiah melancarkan soalannya tepat mengenai jantung Adelin.
Adelin yang sudah dibom hanya menyepi.Nak jawab apa yerk??
"Entahlah.Macam aku cakap tadi,perkara dah lepas.Yang kau tiba-tiba cakap pasal dia ni kenapa?"
"Sebenarnya semalam aku terserempak dengan Adam.Dia tanya kau dah maafkan dia ke belum.Aku tak berani nak jawab apa-apa."akhirnya Rokiah berterus-terang.Patutlah tiba-tiba dok ungkit kisah lalu.
Kereta yang dipandu sudah menjalar masuk ke laman.Adelin tidak bersuara langsung selepas Rokiah berterus-terang.Rokiah juga diam kerana dia rasa bersalah.Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
"Adelin,aku minta maaf."
"Tak ada apa yang perlu dimaafkan.Aku tak marah pun dekat kau.Tapi,kau kena masak malam ni.Boleh?"
"No hal punya!"Rokiah membuat thumb up sebelum masing-masing melangkah masuk ke bilik.
............................
Seramai 30 orang pelajar UTM Skudai telah menyertai perkhemahan di Bukit Kepong selama 3 hari 2 malam.Rokiah yang beria-ria mengajak Adelin untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan
oleh Kelab Kembara Siswa.
"Selamat datang ke Bukit Kepong.Saya Pak Megat yang akan menjadi penjaga anda semua sepanjang berkhemah di sini.Saya akan menceritakan sedikit tentang sejarah tempat ini.Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor.Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.Malam ini kita akan melakukan night walk di kawasan berhampiran tapak balai polis sepanjang 2 km."
Pak Megat terdiam sebentar.Mungkin menarik nafas kerana baru sahaja habis memberi sedikit penerangan.Terdengar suara-suara mungkin berbincang sesama sendiri tentang aktiviti yang baru dicakap oleh Pak Megat.Rokiah menyiku lengan Adelin.
"Aku takutlah pulak."perlahan Rokiah bersuara.
"Kau yang ajak aku datang sini.Kalau kau takut aku lagilah takut."Adelin juga berbisik perlahan.
"Sebelum buat keputusan nak join aku tak rasa apa-apa pun.Tapi lepas dengar cerita Pak Megat aku jadi takut pula."Rokiah mula meramas-ramas tangannya.Adelin pun sama.
"Sepanjang berada di dalam hutan ni ada pantang larangnya.Nak berseronok boleh tapi jangan terlalu over.Jangan pergi jauh-jauh dari tapak khemah.Kalau nak ke mana-mana beritahu saya atau Meon.Dia ni pembantu saya."Pak Megat menunjukkan lelaki yang mungkin dalam lingkungan 30 an yang sedang berdiri di sebelahnya.
"Yang perempuan kalau nak mandi sungai jangan pakai seksi-seksi dan jangan tergedik-gedik dalam hutan ni.Kalau jadi apa-apa susah."Kata-kata Pak Megat straight to the point kena batang hidung siapa yang bernama perempuan.
Adelin dan Rokiah pandang sesama sendiri dan tersenyum.Rasanya semua siswi di situ pun buat perkara yang sama.Ada yang tegelak-gelak sudah!Macam pontianak gelak pun ada.Baru Pak Megat pesan tadi jangan tergedik-gedik tapi ada yang dah buat.Biasalah!
"Ada apa-apa soalan?"Pak Megat memandang seorang demi seorang.
"Macam mana dengan giliran menjaga malam?"tanya seorang siswa.Rasanya budak tahun akhir tu.
"Erm...ada berapa orang semuanya?"tanya Pak Megat kepada ketua yang menguruskan aktiviti perkhemahan ini.
"30 orang semuanya.15 lelaki 15 perempuan."suara ketua agak lantang menjawab kerana dia duduk di belakang.Nak berlawan dengan suara-suara yang tak patut berborak sekarang tapi degil.
"Baik.Awak sebagai ketua bahagikan 15 orang satu malam.Ikutlah macam mana tapi setiap orang yang berlainan setiap 1 jam bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi.Pandai-pandailah bahagi berapa orang setiap jam.Seeloknya campur lelaki dan perempuan.Tapi ingat,jangan buat perangai tak senonoh dekat sini.Dan lagi satu,sesiapa yang datang sini dengan niat nak menghabiskan masa bersuka ria dengan kekasih ke atau apa-apa sahaja sila-silalah ubah niat anda mulai detik ini.Sini bukan tempat untuk bermadu kasih."tegas suara Pak Megat sambil matanya tepat memandang sepasang kekasih yang dari tadi dok bercakap dan bergelak tawa sambil bertepuk tampar ketika Pak Megat memberi penerangan.Semua mata dah tertumpu kepada pasangan tersebut.
"Padan muka!orang tengah beri penerangan tu dengarlah.Tak beradab betul masa orang tua bercakap dia dok bergelak tawa tak beri perhatian.Tahulah yang diorang tu senior."bisik Rokiah perlahan.Takut juga kalau kakak dan abang yang dimaksudkan tu dengar.
"Biarlah hal diorang.Kita tak payah masuk campur."Adelin mengambil jalan selamat kerana dia perasan mata 'abang' senior tu tengah pandang dia.
"Okaylah,kalau tak ada apa-apa boleh pasang khemah.Satu khemah 4 orang dan akan ada yang 3 orang.Masak sendiri-sendiri.Boleh gerak cari tapak masing-masing."
Adelin,Rokiah,Muna dan Nabila duduk satu khemah.Seronoklah kami berempat sebab kami semua sama umur.Dapat juga kenal kawan dari fakulti lain.Semua berjalan lancar sehingga tiba waktu malam.Pak Megat dah menunggu lepas semua solat isyak dan makan malam.Muka yang perempuan semua dah kecut bila ingat cerita Pak Megat siang tadi.
"Ingat,jangan nak main-main dalam hutan ni.Anda semua akan berjalan dalam gelap seorang demi seorang.Night walk ni adalah untuk melatih anda supaya lebih berani.Dalam kehidupan kita pun tak semestinya apa yang kita lakukan ada teman di sisi.Kita harus berdepan seorang diri.Ini untuk melatih minda dan fizikal kita.Siapa yang terlebih berani tu jangan nak tunjuk lagak pula nanti.Apa yang anda nampak nanti abaikan dan terus jalan.Kita pun tak tahu benda tu manusia ke benda halus."Pak Megat menarik nafas.
Terdengar dah suara siswi-siswi yang takut untuk melakukan aktiviti night walk ni.
"Dan lagi satu jangan terlalu takut.Ingat Allah kerana hanya Allah yang sentiasa ada melihat kita.Ingat,jalan ikut tali yang dah disediakan.Kalau kamu rasa kamu dah tak pegang apa-apa tali maknanya kamu dah sesat.Masa tu jangan panik dan duduk diam-diam.Kat dalam sana ada orang-orang saya dan beberapa orang senior kamu yang dah biasa buat aktiviti ni.Jadi,jangan takut sangat.Bila kamu dah nampak cahaya maknanya dah sampai penghujungnya.Akan ada orang tunggu di sana.Okey,kita lepaskan bergilir-gilir.Mula-mula lelaki.Siapa nak dulu?"Pak Megat menyuluh muka seorang demi seorang dengan torch lightnya.
Selang setiap 5 minit akan dilepaskan seorang.Adelin dengan Rokiah dah pegang tangan sesama sendiri.Takut!Maklumlah,first time.Tinggal beberapa orang saja lagi.Tak ramailah yang buat aktiviti ni sebab senior ramai yang menjaga di dalam.Dengar-dengar,senior dan orang-orang Pak Megatlah yang menjadi hantunya.
"Aku pergi dululah."Adelin bangun untuk mencapai tali.
"Good Luck!"Rokiah memberi kata-kata semangat.
..............................
Gelap betul!
Adelin berjalan perlahan sambil tangan kemas memegang tali.Sunyi betul dalam hutan ni.Pokok-pokok yang tinggi nampak menyeramkan dalam keadaan samar-samar.Adelin terus pandang kaki sendiri.Jantung tak usah cakaplah.Dah macam orang baru marathon 50 km gamaknya.Kencang sungguh!Dalam hati dah baca macam-macam ayat supaya tak terserempak benda tu.
"Hihi!"perlahan dengar suara orang ketawa.
Apalagi makin lajulah bacaan kalimah suci Allah seiring dengan laju langkahnya.Tiba-tiba matanya terpandang sekujur tubuh yang berpakaian putih sedang terbaring di depannya.Automatik langkahnya terhenti.Dah menggigil seluruh badannya.Macam mana nak lalu?Takkan nak langkah kot.Manusia ke hantu ni?'Benda tu' mengangkat mukanya memandang Adelin.Cepat-cepat Adelin lepaskan tali dan lari ikut lencongan.
Apabila dah agak jauh dia masuk semula ke laluan yang sepatutnya.Dada dipegang kerana jantung dah macam nak keluar.Air mata turut mengalir.Takut siot!Air mata semakin deras bila tali yang sepatutnya dipegang tak terjumpa.
"Aku dah sesat ke?"terduduk Adelin di situ.Dipandang sekeliling.Mana tali tadi!
"Hihi!"terdengar ketawa halus dipendengaran.Adelin terus menutup telinganya.Terbayang cerita Pak Megat yang pernah terjadi penyembelihan berdarah pegawai polis di sini.Mak!Adelin nak balik!
"Tolong!kepala aku mana??"perlahan suara itu kedengaran.Semakin lama semakin hampir.Adelin tutup telinga sekuatnya tapi dengar juga.Derap kaki semakin hampir.Tiba-tiba sepasang kaki berhenti di depannya.Adelin sudah menangis sambil mukanya ditutup dengan lutut.
"Tolong!kepala aku mana??"suara itu kedengaran marah.Adelin terus bangun dan berlari tanpa memikirkan apa-apa lagi.Kelihatan dua tiga batang tubuh bersalut kain putih sedang berdiri di sebalik pokok memandangnya.Semakin lajulah Adelin berlari sehingga dia tidak sedar ada curam di situ.Bergolek tubuhnya jatuh seperti bola.Semuanya kabur dan akhirnya gelap.
...........................
Sedar-sedar sahaja Adelin sudah berada di hospital.Kaki kanannya terasa sakit.Kepala juga berbalut.Otaknya cuba mengingati apa yang terjadi.Rasa takut terus menyelubungi dirinya.
"Alhamdulillah,kau dah sedar.Doktor!"Rokiah bersuara kuat.Dia gembira sangat.
"Yang kau menjerit macam dah lama tak jumpa aku ni kenapa?"Adelin tersenyum.Rokiah tiba-tiba menangis.
"Aku minta maaf.Kalau aku tak ajak kau pergi perkhemahan tu mesti semua ni tak jadi.Aku minta maaf sangat-sangat."mengongoi Rokiah menangis.
Doktor masuk dan memeriksa.Baru Adelin tahu yang dia dah koma selama 2 minggu.Dan perkara yang menyebabkan kehidupannya berubah seratus peratus apabila doktor mengesahkan yang kaki kanan Adelin patah dan sistem sarafnya rosak.Agak mustahil untuk membolehkan kaki kanannya untuk sembuh seperti sedia kala.Kemungkinan itu hanya 50/50.
"Adam nak minta maaf."Rokiah bersuara apabila Adelin sudah boleh menerima takdirnya.Adelin juga harus kerap membuat fisioterapi di hospital.
"Siapa Adam?"Adelin memandang pelik.
"Kau ingat tak yang masa Pak Megat bagi taklimat tapi ada pasangan kekasih tu yang tak ambil perhatian?"
"Ooh..ingat-ingat."
"Yang lelaki tu nama dia Adam.Kau tahukan yang dia tu senior kita.Sebenarnya masa night walk tu,dia antara hantu-hantu yang menakutkan kita."Rokiah diam sebentar.
"Dan dia minta maaf sangat-sangat sebab dia dah terover menakutkan kau.Dia kata dialah yang baring halang laluan kau sehingga kau lari dari jalan sepatutnya.Dan dia kata dialah yang buat suara orang minta tolong pada kau sehingga kau lari sampai terjatuh dalam curam tu."
Adelin terus bangun.Tongkat di sebelah di pegang kuat.Air matanya mengalir deras.Dia masih ingat wajah lelaki itu!
"Tak guna!Apa motif dia buat aku macam tu?Apa dosa aku pada dia?Puas hati dia dapat buat aku jadi tempang macam ni?Aku benci dia?"jerit Adelin sambil badannya melurut jatuh.
..................
"Adelin!Bos minta minit mesyuarat yang dia suruh buat semalam."suara lembut Natalia menyedarkan Adelin yang dari tadi termenung.
"Astaghfirullahalazim.Lamanya aku termenung.Nasib baik dah siapkan minit mesyuarat tu.Kejap ye Nat,nanti aku hantar ke bilik bos."
"Okey,aku keluar dulu."Natalia berlalu ke biliknya.
Adelin meraup mukanya.Sejak Rokiah menyebut nama lelaki itu semalam dia terkenang pula kejadian yang dah berlaku 3 tahun lepas.Biarlah,perkara dah lepas.Adelin mencapai fail minit mesyuarat dan tongkatnya untuk menuju ke bilik bos.Pintu yang tertera nama bos itu diketuk perlahan.Apabila suara mengizinkannya masuk baru dia masuk.
"Hah,Adelin.Jemput duduk."Datuk Akmal tersenyum melihat pekerjanya.
"Tak apalah bos.Saya cuma nak hantar minit mesyuarat yang bos minta semalam."Fail bewarna biru diletakkan di atas meja bosnya.
"Awak memang pekerja yang rajin.Saya baru bagi semalam tapi sempat juga awak siapkan ye.Thank you very much Adelin.And mari saya kenalkan ini anak lelaki saya."Datuk Akmal bangun dan menuju ke arah sofa.Adelin turut memusingkan badannya.Dia tidak sedar pun ada orang lain di bilik itu.
"Kenalkan my son,Adam."Ceria suara bos memperkenalkan anaknya kepada Adelin.Mendengarkan nama itu senyuman Adelin terus mati.Wajah lelaki di depannya dipandang dengan perasaan marah,benci dan sedih.
"Apa khabar Adelin?"perlahan suara Adam.
"Khabar tak baik."katanya dan terus melangkah laju.Tapi selaju mana je yang boleh apabila sudah menggunakan tongkat.Rasa nak campak-campak je tongkat ni kat muka si Adam tu.Adam mengejar Adelin.
"Saya minta maaf."Adam sudah menghalang laluan Adelin.
"Tepilah!Saya benci tengok muka awak."marah Adelin.Badan Adam ditolaknya ke tepi.
Rokiah sudah berlari anak menghampiri tangga tempat Adam dan Adelin sedang berada sekarang.Dia memegang bahu Adelin yang sudah lencun dengan air mata.Rokiah membuat isyarat supaya Adam pergi tetapi lelaki itu degil.
"Saya takkan pergi selagi Adelin tak maafkan saya.Saya menyesal dengan apa yang dah berlaku.Saya mohon,maafkan saya.Saya sanggup buat apa sahaja asalkan Adelin mahu maafkan saya."
"Kenapa awak tak muncul dan minta maaf 3 tahun lalu?Kenapa suruh Rokiah yang minta maaf bagi pihak awak?Kalau masa tu awak datang dan minta maaf sendiri,mungkin saya akan maafkan awak.Tapi,awak pengecut!"
"Memang saya pengecut!Dan sebab itu saya rasa bersalah sangat sekarang ni.Saya perlukan kekuatan untuk menghadapi awak.Please,forgive me.Hari first kita sampai dekat Bukit Kepong tu,saya dah mula sukakan awak.Maybe,cinta pandang pertama kot.Kerana sebab itulah saya tekad untuk kacau awak malam tu.Tapi saya tak sangka boleh jadi macam ni.Adelin,i'm very-very sorry."Adam sudah terduduk sambil menangis.Menangis??biar betul ni.
"Mak saya kata tak baik berdendam.3 tahun dulu lagi saya dah maafkan awak.Tapi,rasa kecewa sebab awak tak datang minta maaf sendiri tu memang susah untuk saya padam."perlahan Adelin bersuara.Berdendam pun bukan dapat kebaikan.
"Terima kasih Adelin.Kalau macam tu,sudikah awak berkahwin dengan saya?"Adam sudah mengeluarkan sekotak cincin.Air matanya dikesat kasar.
"Seperti yang saya kata tadi,rasa kecewa tetap ada dan susah untuk padam.Saya masih menganggap awak seorang yang pengecut selagi rasa kecewa tu tetap ada.Maaf,saya jawab tidak bagi lamaran awak tadi."
Terlongo Adam dan Rokiah mendengarnya.Tetapi kemudian Adam tersenyum.
"Saya janji yang saya akan buktikan yang saya bukan seorang yang pengecut.Saya bukan Adam yang dulu!Saya janji yang saya akan hilangkan rasa kecewa awak tu dan digantikan dengan rasa cinta."semangat Adam berjanji.Adelin hanya tersenyum.
"Saya akan tunggu!"Adelin bersuara dan terus berlalu.
Rokiah terpinga-pinga.Dah berbaik ke belum??

Rokiah mengejar Adelin yang sudah laju ke depan.Tercungap-cungap dia menarik nafas.Laju betul minah ni jalan walaupun guna tongkat!
"Adelin!"laungnya.Tiada respon daripada si sahabat.
"Tunggulah.Kenapa kau jalan laju sangat ni?Kalau kau tak berhenti aku taknak bercakap dengan kau untuk sehari."ugut Rokiah.
Adelin memberhentikan langkahnya.Tersenyum Rokiah kerana ugutannya berjaya.
"Nak apa?Kenapa kau ikut aku?"Adelin memandang Rokiah yang sudah berdiri sambil mencekak pinggang.
"Kau tu kenapa jalan laju sangat?Nak kejar apa?Kalaupun kau sampai dekat kereta dulu bukannya kau boleh naik.Kuncikan ada pada aku."
"Saja.Kau tu yang jalan slow.Cepatlah,jom kita balik.Aku dah panas duduk dekat sini."
"Kau nak lari dari Adam ye?Jangan risaulah,aku nampak dia dah balik dengan Datuk Akmal tadi."
"Pleaselah.Tak ada masa aku nak lari dari dia.Dia tu siapa?Tak ada kena mengena dengan aku pun.Cepatlah,buka pintu kereta ni."gesa Adelin.
"Eleh.Tak ada kena mengena konon.Habis,mana dia tahu kau kerja dekat sini?"Rokiah menghidupkan enjin kereta.Penghawa dingin dibuka.Fuhh!lega.
"Sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu.Mana dia tahu aku kerja dekat syarikat ni?Mesti kau yang beritahu sebab kau kata kau ada jumpa diakan."Adelin serkap jarang.Rokiah hanya tersengih.Betullah tu!
"Aku kesian dekat dia.Sebenarnya,selama ni dia cari kau tahu.Masa kau masuk hospital dan koma dulu dia banyak kali datang melawat."
"Kenapa lepas aku sedar dia tak datang jumpa dan minta maaf sendiri?Kenapa mesti gunakan kau sebagai orang tengah?Nampak sangat dia tak bersungguh."
"Jangan cakap macam tu Adelin.Aku rasa dia tak berani nak berdepan dengan kau masa tu.Macam dia cakap tadi,memang dia pengecut!Tapi dia muncul kembali sekarang untuk mohon kemaafan dari kau ."
"Kan aku dah cakap tadi yang aku dah memaafkan dia."
"Habis,kenapa tak terima lamaran dia tadi?"
"Gila kau!Tiba-tiba nak terima lamaran dari orang yang kita tak kenal.Lagipun aku kecewa dengan sikap dia.Terlalu kecewa.Mana dia dapat idea gila nak melamar aku tu?Siap bercincin-cincin lagi."tergelak Adelin.Rokiah memuncungkan bibirnya.
"Aku punya idealah tu."perlahan Rokiah bersuara.Makin kuat Adelin ketawa.
"Sebenarnya,dah berapa lama kau jumpa Adam ni?Jawab dengan jujur." Adelin sudah serius.Pelik pula dengan Rokiah ni.
"Erm..adalah setahun lepas.Aku jumpa dia dekat pejabat.Masa tu kau MC sebab pergi hospital nak buat fisioterapi.Dia datang sebab nak jumpa datuk masa tu."
Terlopong Adelin.Macam mana selama ni dia tak perasan langsung keadaan ni.Rokiah pun satu!
"Maknanya dia dah lama tahulah yang aku kerja dengan bapak dia?"soal Adelin.
"Begitulah nampaknya.Aku minta maaf Adelin.Adam yang tak bagi aku beritahu kau.Dia taknak kau lari bila dapat tahu yang dia ada berhampiran kau selama ni.Dia hanya perhatikan kau dari jauh.Kesian dia!"
"Huh!Patutlah selama ni aku rasa macam ada orang perhatikan aku.Sampai hati kau tak beritahu aku.Kau kan kawan aku."
"Maaflah Adelin.Aku cuma kesiankan Adam.Dia dalam keadaan rasa bersalah sangat masa tu."
"Ooh...dia jelah yang kesian.Habis aku ni tak kesian?Dahlah,jangan cakap pasal dia lagi."Adelin melangkah masuk ke dalam rumah sebaik Rokiah mematikann enjin kereta.
"Adelin!"laung Rokiah.Adelin hanya memekakkan telinga dan kakinya melangkah masuk ke bilik.
....................................
Rambut basahnya dilap menggunakan kain tuala.Baju t-shirt di dalam almari diambil dan disarungkan di badan.Satu senyuman tersungging dibibirnya.
"Adelin."ujarnya perlahan.Senyuman masih dibibir.
Sudah hampir setahun dia memerhatikan gadis itu dari jauh.Tak sangka begitu mudah dia mendapat kemaafan dari Adelin.3 tahun dia cuba mengumpulkan keberanian untuk berhadapan dengan gadis itu tapi tak sampai setengah jam dia dah dimaafkan.Kalau dia tahu begitu mudah,3 tahun lepas dia datang memohon maaf sendiri tanpa perlu menggunakan orang tengah.
"Kalau dia dah maafkan,kenapa dia tak terima lamaran aku tu?"Adam duduk di atas katil.Cuba berfikir.
"Dia kata dia kecewa dengan sikap aku.Jadi sebab itulah dia tak boleh terima.Maknanya,dia belum memaafkan akulah!Arghh!"jerit Adam tiba-tiba.
"Tak boleh jadi ni.Seperti yang dijanjikan,aku akan hilangkan rasa kecewa dan buat dia jatuh cinta padaku."
Tangannya lantas mendail nombor Rokiah.Itulah satu-satunya orang yang boleh diharap.
"Hello,Rokiah!"Adam bersuara agak kuat.
"Janganlah menjerit!Aku belum pekak lagi.Ha,nak apa telefon malam-malam ni?"
"Aku nak minta tolong ni.Apa yang Adelin suka?Bunga?Coklat?"
"Hmm...kejap ye aku fikir.Dia suka apa ye?"agak lama Rokiah terdiam.Adam di hujung talian sudah tidak sabar.
"Semua benda dia suka.Kau trylah bagi bunga dengan coklat.Coklat Cadbury yang besar tau.Tak pun Ferrero Rocher yang kotak besar.Dia mesti suka."
"Ni macam kau je yang nak makan."gurau Adam.
"Memanglah.Dia mesti share dengan aku coklat tu.Mestilah suruh kau order yang best-best.Ni kira dah tolong member tau.Adelin memang suka makan dua coklat ni.Citarasa kitorang sama je."
"Okey.Agaknya lembut tak hati dia dengan cara ni?"
"Sabarlah bro.First time mesti tak cair lagi hati dia.Kau pujuklah banyak kali InsyaAllah lama-lama dia akan maafkan kau juga.Aku kenal dah lama Adelin ni.Dari luar dia nampak kuat,tapi sebenarnya hati dia lembut je.Mudah tersentuh.Lebih-lebih lagi lepas apa yang berlaku pada kaki dia.Dia cepat sensitif dan terasa.Kadang-kadang aku tengok dia menangis.Satu je aku nak warning dekat kau,jangan nak main-mainkan dia.Kalau betul kau cintakan dia,cintalah dengan ikhlas."
"Itu aku tahu.Dari first time aku tengok dia dekat Bukit Kepong dulu,aku dah tertarik.Entah macam mana aku boleh syok dekat dia walhal sebelum ni aku tak kenal pun dia.Lepas apa yang terjadi,aku benar-benar rasa bersalah.Tapi makin lama aku jadi rindu pula dekat dia sampaikan aku sanggup tengok dia dari jauh.Dah macam orang gila tau aku ni."Adam ketawa.
"Sebaiknya kau luahkan perasaan kau pada dia.Kalau tidak mana dia nak tahu yang kau dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia."
"Apa-apahal nanti aku call kau lagi.Terima kasih banyak Rokiah.Kalau kau tak ada tak tahulah macam mana aku nak buat ni."
"Aku buat semua ni untuk kebahagiaan Adelin.Aku tahu dia risau tak ada orang nak dekat dia sebab kakinya macam tu.Tapi dia tak pernah tunjukkan kerisauannya.Sebab tu dia sibukkan diri dengan kerja.And pasal kau melamar dia siang tadi tu,Adelin dah tahu yang itu idea aku.Tergelak sakan dia sebab tiba-tiba orang yang dia tak kenal nak melamar dia."
"Aku malu juga tadi.Tapi tak apa.Lain kali aku akan pastikan dia terima.Okeylah,good night Rokiah.Thanks again."
"You're welcome."Rokiah menekan butang merah.Harap-harap jadilah jodoh mereka Ya Allah.Amin.
........................
Seminggu berturut-turut Adam menghantar bunga dan coklat.Adelin tidak menghiraukan.Semua coklat disedekahkan kepada Rokiah yang hari-hari menanti.Tahu-tahu je si Rokiah ni!Terliur juga sebab coklat yang dihantar adalah favouritenya.Mana Adam tahu ni?Bunga-bunga pula disedekahkan buat teman-teman wanita di pejabat.
"Rugi kau tak nak coklat ni.Dahlah Cadbury saiz besar.Jarang sekali kita dapat makan percuma macam ni."sengaja Rokiah menunjukkan sepapan coklat yang sudah separuh dimakannya.Hari-hari makan coklat muak juga!Ermm...suruh Adam bagi hadiah lain pulaklah.Hehe..
"Tak ada apa yang rugi pun.Kalau aku nak makan aku boleh beli sendiri."Adelin melangkah ke singki.Waktu lunch ni pantri kosong.Semua keluar makan.Tinggal dia dengan Rokiah je.
"Kan dah membazir tu.Ambillah,rasa sikit.Kesian Adam keluar duit untuk bagi kau tapi kau bagi orang lain pula.Bunga-bunga tu,kau ingat murah ke.Senang-senang bagi orang lain free."marah Rokiah.
"Biarlah.Bukan aku minta dia bagipun.Siapa suruh dia menghabiskan duit untuk beli semua barang tu.Ingat aku senang-senang nak padamkan rasa kecewa ni.Tapi yang peliknya,buat apalah dia cuba nak hilangkan rasa kecewa aku ni?Cukuplah aku dah maafkan dia.Bukan itu ke yang dia nak?"
"Adelin,dengar sini.Sebenarnya,Adam tu suka dekat kau.Dia cintakan kau.Takkan kau tak perasan?Itu sebabnya dia sanggup hantar bunga,coklat untuk hilangkan rasa kecewa dalam hati kau tu supaya kau dapat terima dia."
"Jangan nak buat lawaklah.Masa bila pula kami berjumpa dan sempat pula dia nak jatuh cinta?Kau percaya ke cakap mamat tu?"Adelin membelakangkan Rokiah.Dia tidak perasan yang Adam turut berada di situ.
"Sejak pertama kali tengok awak saya dah mula rasa something.Mungkin itu cinta?Pertama kali saya rasa perasaan macam tu.Bila awak masuk hospital saya risau sangat.Saya rasa bersalah teramat-amat sangat.Tapi saya tak kuat nak berhadapan dengan awak.Dengan keadaan awak masa tu saya yakin kalau saya minta maaf tentu awak tak maafkan."lelaki itu terdiam sebentar.
Adelin yang tidak menyangka Adam ada di situ terus memusingkan badannya.Mana Rokiah?Hanya ada dia dan Adam sahaja di situ.
"Saya perhatikan awak dari jauh.Saya nak sangat jumpa awak dan luahkan perasaan saya tapi akal saya menghalang.Tapi sekarang saya dah tak boleh sabar.Saya nak beritahu juga yang saya cintakan awak Adelin.Saya nak berkahwin dengan awak.Saya nak jaga awak."
"Cinta awak tu palsu.Sebenarnya awak bukan cintakan saya tapi awak simpati dengan saya kan?Awak kesian sebab saya dah tempang macam ni kan?Awak takut dah tak ada lelaki yang nak dekat gadis tempang macam saya ni kan?Saya tak perlukan simpati dari awak.Saya taknak menjadi beban sesiapa.Saya boleh jaga diri saya sendiri.Tak perlulah awak nak korbankan masa depan awak kerana rasa bersalah.Okey,saya maafkan awak.Sumpah!dah tak ada dendam-dendam lagi.Jadi tak perlulah awak pura-pura cintakan saya lagi."air mata Adelin sudah tumpah.Rasa marah,geram,sedih semua ada.
"Bukan!Saya memang betul-betul cintakan awak Adelin.Ini bukan kerana rasa simpati atau rasa bersalah.I really-really love you.Saya nak buat macam mana untuk awak percaya?"Adam memandang tepat anak mata Adelin.
"Jangan rasa simpati dengan saya."seusai berkata-kata Adelin terus berlalu.Adam mencengkam lengan Adelin yang baru melintasinya.
"Apa maksud awak?"Adam memandang tajam.Gadis ini terlalu ego.
"Kalau awak betul cintakan saya,pergi dari sini!Saya tak perlukan simpati dari sesiapa terutama awak!"Adelin menarik tangannya dan terus pergi.Adam mengeluh!
......................
Adelin menangis di dalam bilik apabila teringatkan kejadian siang tadi.Argh!Sebenarnya bukan dia tidak tersentuh dengan kesungguhan Adam memujuknya.Hati kata suka tapi fikiran menidakkan.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat.Apabila pintu dibuka terjojol muka Rokiah yang cemas.
"Kenapa kau ni?"tanya Adelin sambil mengesat matanya.
"Adam kemalangan!Tadi Datuk Akmal call suruh aku bawa kau ke hospital sebab Adam sebut-sebut nama kau.Dia kritikal sekarang ni."tiba-tiba Rokiah menangis.Adelin yang mendengar tergamam.Adam kemalangan!Air matanya juga sudah mengalir.
"Cepat pergi pakai tudung.Aku bawa kau ke hospital."arah Rokiah.Adelin segera melakukan apa yang disuruh.
Setibanya di hospital mereka terus menuju ke wad ICU.Kelihatan Datuk Akmal sedang menenangkan isterinya.Apabila terlihat Adelin,Datin Azizah terus meluru dan memeluk gadis itu.Adelin hampir jatuh kerana tidak boleh mengimbangkan dirinya.Tongkat yang dipegang juga hampir jatuh.
"Kesian Adam.Adelin masuklah tengok dia."tangisan Datin Azizah sudah reda.Dia pernah berjumpa gadis itu di pejabat.Adam juga banyak bercerita tentang gadis bernama Adelin ini.
Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke bilik yang menempatkan Adam.Lelaki itu sedang terbaring dengan kepala dan tangan berbalut.Sayu hati Adelin melihat keadaan Adam.Mukanya yang kacak juga sudah bercalar.
"Maafkan Adelin."perlahan Adelin bersuara kerana air mata sudah mengalir deras.
Adam membuka mata apabila terdengar esakan.Walaupun payah dia tersenyum melihat Adelin di situ.
Sayang juga dia dekat aku!
"Kenapa menangis?"Adam bersuara mengejutkan Adelin.
"Kenapa awak bawa kereta laju-laju?Kalau jadi apa-apa macam mana dengan papa dan mama awak?Mereka risau awak tahu?"marah Adelin.Adam tersenyum.
"Saya nak buktikan yang saya cintakan awak.Kan awak kata pergi dari hidup awak."gurau Adam.Tangisan Adelin semakin kuat pula.Cuak Adam.
"Kenapa bodoh sangat!Kalau awak dah mati,siapa yang nak hantar bunga dengan coklat pada saya lagi?"
"Maknanya,awak terima cinta sayalah ye."Adam sudah mahu bangun.Suaranya yang kuat membuatkan datuk,datin dan Rokiah melangkah masuk.
"Kenapa terjerit ni Adam?Kamu tukan sakit.Aik!tadi dah macam kritikal sangat sekarang dah elok?"sindir Datin Azizah.Semua ketawa.Adelin sudah tersenyum malu.
"Dah jumpa buah hati,mananya tak sembuh."gurau Rokiah pula.
"Sekarang ni macam mana?Apa keputusannya?"Datuk Akmal memandang Adam dan Adelin.
"Kahwinlah!"jerit Adam.Sakit-sakit pun bersemangat lagi.Adelin mencubit perut Adam.Terjerit dia.Semua yang ada tergelak.Alhamdullilah.Akhirnya bertemu juga jodohnya.
..............................
Majlis persandingan berjalan dengan lancar.Semua tetamu sudah pulang hanya tinggal sanak saudara kedua-belah pihak.Adam dari tadi tersenyum.Kata doktor,kaki Adelin ada harapan untuk sembuh kerana selalu menjalani fisioterapi.
"Jom naik tidur."bisik Adam.Adelin menolak muka Adam yang terlalu dekat.Malu dengan keluarga yang sudah tersenyum.
"Pergilah naik Adelin.Karang merajuk pula Adam tu."Datin Azizah bersuara menyebabkan semua sudah tergelak.Paling kuat gelak siapa lagi kalau bukan Rokiah.Apapun terima kasih Rokiah!Dia yang paling banyak membantu.
Dengan muka yang sudah merah Adelin bangun dan mencapai tongkat.Baru ingin berjalan,dirinya terasa melayang.Rupa-rupanya Adam sudah mengangkat dia.Habis jatuh tongkat yang baru dipegang.Mukanya terus disembam di dada Adam.Malunya!Adam hanya ketawa.
"I love you."bisik Adam.
"I hate you."Adelin membalas geram.
"Kita berbulan madu dekat Bukit Kepong nak?Boleh kita buat night walk lagi."sengaja Adam bergurau.Adelin menjegilkan matanya.
"Kalau nak tidur luar malam ni silakanlah."balas Adelin.
Ketawa Adam meletus lagi sehingga sampai ke kamar tidur.Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan ini.