Laptop jenama Acer yang sentiasa terbuka kucapai juga. Sejak beberapa bulan juga aku tidak pernah berenggang dengan laptop pemberian abah dan emak ini. Aku menekan desktop icon yang berbentuk bulat bewarna merah,hijau dan kuning. Apalagi kalau bukan google chrome! Laju tanganku menekan url blogku yang sudah beroperasi sejak setahun yang lalu. Follower pun agak ramai. Aku tersenyum sendiri melihat komen-komen yang diberikan terhadap hasil karyaku. Aku suka membaca dan menulis novel. Tak terkecuali menulis cerita pendek yang lebih senang dipanggil cerpen.
Setakat ini sudah tiga novel yang aku tulis dan garap. Semuanya aku letakkan di dalam blog kesayanganku. Alhamdullilah sebuah karyaku mendapat kepercayaan untuk diterbitkan. Sekarang masih dalam penilaian. Aku masih tersenyum membaca kata-kata semangat yang diberikan. Selain keluarga dan kawan-kawan,mereka inilah yang membakar semangatku untuk terus menulis. Walaupun aku tidak mengenali mereka tetapi mereka tidak lokek untuk memberi dorongan kepadaku untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
“Fif,kau tak nak turun makan ke?”panggil salah seorang rakan baikku yang lebih mesra dipanggil Ana.
“Kejap lagilah. Kau turunlah makan dulu. Kejap lagi aku turun.”jawabku dengan tenang.
“Kau buat apa? Layan blog lagi ke?”soal Ana masih di muka pintu. Aku hanya tersengeh.
“Jangan sampai lupa makan pula nanti.”selepas bercakap Ana terus melangkah turun.
Aku membuka pula Microsoft Word 2011 untuk mencurah idea yang sudah melimpah ruah di mindaku. Aku menaip entah sehingga ke pukul berapa. Selalunya satu-satu bab aku mengambil masa hampir tiga jam untuk disiapkan kalau bab tu agak panjang. Kalau pendek sedikit selalunya dua jam. Selepas siap menaip aku copy dari word dan di paste di blogku. Selepas menekan butang ‘terbitkan catatan’ aku tersenyum lega. Satu lagi hasil kerjaku yang dapat disiapkan. Dalam hati berdoa semoga para pembacaku tidak kecewa.
“Tak siap lagi ke tulis novel tu?”tiba-tiba terdengar pula suara rakanku Ayu.
“Dah. Korang semua dah makan ke?”soalku sambil menutup laptop. Sempat mataku melihat jam di atas meja belajar. Sudah hampir pukul 5 petang.
“Lama dah kitorang siap. Kitorang simpan makanan dekat atas meja dekat bawah tu. Turunlah makan.”ujar Ayu lagi. Aku bangun dan kami sama-sama melangkah turun.
“Esok kita nak keluar pukul berapa?”soal Ida sambil menguyah kerepek di atas kerusi.
“Kita pergi lepas orang solat jumaatlah. Dah beritahu Nazu ke?”jawab seorang lagi rakanku yang dipanggil Tika.
“Hmm..dah mesej Nazu tadi. Dia kata okey.”jawab kakakku yang dipanggil Ikah.
Kami semua tinggal serumah walaupun bekerja di tempat yang berlainan. Ada juga yang kerja di tempat yang sama. Cuma Nazu sahaja yang tinggal di tempat lain. Tempat yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Aku hanya tersenyum melihat rakan-rakan baikku. Kadangkala,perlakuan mereka inilah yang memberiku idea untuk menulis.
…………………
Segala draf untuk menulis novel sudah aku siapkan di dalam Microsoft Word. Selang beberapa hari aku akan menyiapkan satu bab untuk diletakkan di dalam blogku. Kalau idea banyak selang sehari akan aku cuba siapkan. Selepas pulang dari berjalan dengan kawan-kawan serta kakakku aku terus mandi dan bersolat. Selepas itu aku terus membuka laptop untuk menaip satu lagi bab. Aku mendapat idea dari melihat keadaan yang berlaku di shopping mall tadi.
“Nak tulis novellah tu.”ujar Ikah sambil membaringkan badannya. Aku hanya tersengeh. Kakakku yang juga kembarku ini juga adalah seorang blogger. Dia juga minat dalam bidang penulisan novel ini. Sebenarnya,dia menulis lebih awal dariku.
“Biasalah. Nak siapkan satu bab hari ni.”aku hanya tersenyum sahaja sambil tangan kembali menaip.
“Nanti kau tulislah pasal kitorang pula. Tulislah novel pasal persahabatn kita bertujuh ni.”teringat aku pada kata-kata Ana suatu waktu dahulu.
“Asyik tulis cerita cinta je. Try lah tulis cerita pasal thriller pula.”ini pula kata Nazu beberapa hari lepas. Aku tersenyum mengingati cadangan-cadangan kawan-kawanku.
“InsyaAllah aku akan tulis.”aku bersuara. Memang ada niat nak tulis cerita sebegitu tapi kena tunggu masa. Kena tunggu idea yang betul-betul ada.
“Jangan tidur lambat pula.”itulah pesan Ikah sebelum dia melelapkan matanya. Aku hanya mengangguk.
Aku melihat semua draf yang telah dibuat untuk dua novelku yang diletakkan di dalam blog. Beberapa cerpen juga telah aku susun rangka ceritanya. Tersenyum aku bila dapat juga membuat dua rangka cerita untuk dua permintaan rakanku. Satu cerita tentang persahabatan kami bertujuh dan satu cerita thriller. Dah ada rangka tapi entah bila baru aku dapat olah.
…………………….
Hari ini genap seminggu aku tak tulis apa-apa di blogku. Bukan sengaja tapi aku tak berapa sihat. Demamku tidak kebah-kebah sejak seminggu lalu. Kepalaku juga selalu terasa sakit. Tekakku juga selalu terasa loya. Aku hanya memandang sayu laptopku yang tidak diusik. Dengan lemah aku menekan butang on. Teringin sangat nak buka blog dan tengok apa komen-komen yang diterima.
“Banyaknya komen.”ujarku perlahan. Jariku terus menekan kotak ulasan. Ramai yang tertanya-tanya di mana sambungan untuk bab seterusnya. Aku tahu karyaku ini tidaklah sebagus dan sehebat mana tetapi tetap ada yang sudi menyokong dan setia menunggu untuk tahu kisah selanjutnya. Tidak semena-mena air mataku mengalir. Aku ingin menulis tapi otakku tidak dapat berfikir dengan sebaiknya sekarang. Akhirnya aku tertidur dengan laptop yang terbuka.
“Fif,bangun! Dah maghrib ni.”kejut satu suara. Aku cuba mengecam suara siapakah itu. Aku lihat Ana,Ayu,Ida,Tika dan Ikah sedang duduk memandangku. Nazu juga ada. Ooh..itu suara Ana!
“Kenapa ni?”soalku seraya bangun. Kepalaku sudah terasa ringan. Dah tak sakit lagi.
“Kau okey ke?”soal Ayu dengan wajah bimbang.
“Okey je. Kenapa?”
“Kepala kau dah tak sakit lagi ke?”Ida pula menyoal.
“Alhamdullilah. Dah tak rasa sakit pun. Sebab dah tidur tadi kot.”Aku tersenyum sahaja. Badanku juga sudah hilang rasa sakitnya. MasyaAllah. Kuasa Allah. Dengan sekelip mata DIA boleh menarik segala kesakitanku.
“Kau nak makan tak? Ikah dah masak nasi goreng tadi.”Tika sudah duduk di sebelahku.
“Boleh juga. Korang semua dah makan ke? Bila Nazu sampai?”
“Baru je tadi. Aku datang nak makan dekat sinilah.”Nazu sudah ketawa senang. Kami semua ketawa.
“Dah,jom kita makan.”ajak Ana. Kami semua bangun dan berjalan keluar.
“Kau okey ke tidak ni?”soal Ikah risau. Aku hanya mengangguk yakin.
“Yup! Dah tak rasa macam demam pun. Kau buka blog ke tidak? Ada buka blog aku tak?”
“Tak pun. Malas nak buka blog.”aku hanya tersengeh. Kami semua melangkah turun untuk makan. Selepas itu kami solat magrib dan isya’ berjemaah sebelum semuanya kembali ke bilik masing-masing.
Aku agak susah untuk melelapkan mata malam itu. Tadi aku dah telefon berbual dengan emak dan abah. Entah kenapa hatiku sayu bila bercakap dengan mereka tadi. Rasa macam dah tak jumpa lagi. Sebelum Ikah tidur juga aku dah berbual-bual dengannya. Semua orang dah tidur. Aku mengambil laptop dan membuka Microsoft Word. Aku memandang semua draf dan rangka cerita yang aku dah buat. Entah aku sempat siapkan ke tidak. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Sebenarnya aku dah lama fikir nak tulis cerita macam ni. Tanganku terus menaip. Dekat pukul tiga pagi coretanku telah siap kuhantar di blog. Aku tersenyum lega. Harap adalah yang sudi membacanya. Aku juga sempat menulis pesanan buat kakakku dan diletakkan di Microsoft Word. Aku baring dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Mataku pejam rapat.
…………………………
‘Kalau aku tak sempat nak siapkan semua novel yang ada dekat blog tu kau sambunglah. Semua draf aku dah buat. Aku tahu kau boleh sambung lebih baik dari apa yang aku tulis. Katakan kepada semua pembaca yang sentiasa mengikuti karyaku,terima kasih banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Untuk teman-teman aku sayang semuanya. Buat keluargaku terima kasih banyak kerana menjaga diri ini. Coretan terakhir yang aku tulis di blog ini anggaplah sebagai buah tanganku yang paling istimewa. Terima kasih semuanya!’
Laptop Acer ditutup.