GILE KENTANG!!!
Wednesday, 1 August 2012
keampunan...
jumpa lagi kita ye.....apa ye nk update....ha.....pasal ramadan ni...macam-macam berlaku...indah...buruk pun ada...mcm yang aku penah kata...aku ni suka sngat memerhati orng di sekeliling aku and buat penilaian........dan penilaian aku....bila tiba bulan ramadan...malaysia akan menjadi tempat pesta juadah makanan...macam-macam makanan di jual....menyelerakan...lagi2 kalau di layan nafsu lapar ni...tp hakikatnya kebanyakkan daripada kita(termasuk diri aku sendiri)terlupa akan maksud sebnar kedatangan bulan yang penuh kerahamatan,pengampunan dan barakah ini....penghulu segala bulan ini sebanarnya dia adakan untuk kita lebih beribadah dan melawan hawa nafsu yang haloba ini....kenapa?....jgn ditanya...sbb itu kewajipan kita...sebagai umat islam kita sepatutnya menyedari akan hakikat ini...nk makan tu boleh tp berpada-pada lah...ingat...ada 2 yang smpai kenyang x boleh nk sembayang...ada plak smpai membazir makanan mereka...adoi....jom la kita ubah persepsi ini..bulan puasa adalah bulan untuk tingkatkan amal bukan tingkatkan perut.....Allah menyediakan bulan yang sanagt mulia ini sebagai hadiah kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa kepada....
stop pasal ramadan....eh bukan-bukan..makanan.....ni nk sambung pasal perilaku kita plak....aku lihat ramai lagi manusia(termasuk aku).....masih lagi kurang amal jariah nya...ane ade yang sempurna....setiap apa yang kita lakukkan pasti ada imbal baliknya....aku nk cakap kat sini pasal solat plak....tidak berguna jika berpuasa penat2 tapi x solat...solat itu tiang agama...di akhirat kelak...sebelum penilaian bagi amalan lain dibuat...amalan solat akan di nilai terlebih dahulu...sempurna solat...sempurna lah segalanya....solat juga mengajar kita tentang banyak perkara jika dilaksanakan dengan betul dan penuh keikhlasan....beruntung pada siapa yang sentiasa menjaga solatnya kerana allah sentiasa memelihara diri mereka...solat ni kalau nk diceritakan karang satu blog ni x abis aku nk update...take time.....aku pun dalam proses blaja lagi ni....kita akan kongsikan ilmu yang patut sebab salah satu amalan yang baik adalah berkongsi benda yang baik....
solat ni amat berat nk di lakukkan bagi manusia yang tiada rasa ketuhanan dalam diri mereka...aku tidak sekarang dalam proses belajar bagaimana nk bawak diri dalam solat...dalam erti kata lain....kyusuk....indah sebenarnya jika kita dapat melakukkan perkara sehebat ini....allah adalah tuhan yang maha sempurna zatnya....kenapa aku kata mamcam 2.......pada subuh pagi tadi ketika aku sembahyang di surau,selepas solat..imam membaca doa dan dia baca doa smpai menagis la...aku tertanya2 kenapa.....lalu imam menjawab...begitu bnyak dosa yang kita lakukkan sebagai manusia tetapi allah tetap memberikan nikmatnya kepada kita tampa menarik balik walau seikit pun...x terampun rasanya dosa kita ni....tidak malukah kita kepada allah....tersentak jiwa aku...kelu lidah seketika....ya allah...ampunkan aku...ampun kan aku ya allah...aku hambamu yang bnyk membuat dosa...aku malu mengunakkan segala nikmat yang kau beri sedang aku mengingakri perintahmu....merintih jiwa...meratap hati...banyak sangat dosa yang kita lakukkan selama ini....x terhitung...tp allah tetap mebuka peluang untuk kita bertaubat...x sedikitpun menolak taubat2 hambanya sehingga tetutup pintu taubat kelak...kita sibuk megejar....lalai dengan dunia yang sementara tetapi hakikat bagi akhirat yang kekal selamanya tidak kita sedari...ya allah....lalainya kami ini ya allah...malu rasanya diri ini nk berhadapan denganmu,dengan keadaan jiwa yang kotor...hati yang hitam...dosa yang bnyk....lupa...lalai aku selama ini ya allah...aku lalali...tolong ampun aku ya allah...pimpin lah aku ke jalan yang lurus...jalan yang kau redai ya allah...aku serah diriku,hidupku,matiku...segalanya padamu ya allah...tentukan apa yang terbaik untuk diriku.aku x layak untuk berpijak di bumimu yang penuh nikmat ini...mengunakkan segala nikmat yang kau beri...x layak rasanya kerana berjalan dengan hati yang sentiasa ingkar dengan perintahmu....sentiasa lalai membuat dosa padamu...ya allah...aku khilap....aku silap.....ya allah
ampun segala dosaku...rahmatilah aku....aku x layak untuk surgamu...namun x pula aku sanggup ke nerakamu....terima la taubatku ya allah.....
sampai sini dulu la...asalamualaikum...
Sunday, 29 July 2012
Bersykur dengan nikmat yang telah di beri
dah lame rasenya x mengilatkan site ni....bz la.....biasalah...dh namenya studentkn...everday do ngadap lecture buku n asgment..ahhh...nk memblogkn diri pun x de mase..hahaha...
rasanya proses pengilatan ni dimulakan dengan satu frasa yang aku suka sngt2...mungkin blh menjadi amalan kita bersama.......
pernah x dengar "Allah tahu ape yang kita perlukan...sbb 2 dia bnyak dia memberi ape yang kita perlu bkn ape yang kita mahu"
knp aku suka frasa ni...em....nk tahu....sbb ade orng pernah ckp ngan aku yang hidup kita penuh dengan ape yang kita perlu bkn ape yang kita mahu.....kenapa.sbb allah nk kita sentisa ingat bahawa kita sebagai hambanya sepatutnya menyerahkan segala2nya kepadanya setelah kita berusaha dan setelah itu dia memberikan kita apa yang kita perlu untuk kita sentiasa bersyukur.
bkn nk kata aku ni baik ke pe...tp apa yang jadi zaman skrang ni...ramai yang x bersykur malahan mengeluh dengan apa yang allah berikan pada mereka sedang mereka tidak tahu ape yang terbaik untuk mereka...allah sebagai tuhan yang maha sempurna lagi maha bijaksana mengatur apa yang terbaik untuk kehidupan hambanya sehingga hari kiamat kelak..semua nya berada dalam perancangannya..kenapa perlu kita mengunkit apa yang telah diberikan.........bukan sekadar mengungkit tapi tidak bersyukur dengan ape yang diberikan.Aku bkn bercakp menuju kepada semua orng tetapi ini untuk peringatan kita bersama je...
ok la....bnyk sngt dah ni aku membebel...ade mase aku update lg...aku cuma menyampaikan ape yang baik yang ade pada diri ini..moga2 dpt kita ambil peringatan bersama...
BERSYUKUR LAH SETIAP KALI DAN SETIAP HARI...MOGA2 HIDUP KITA BERJALAN LANCAR DAN BAHAGIA
ADIOS
ASALAMUALAIKUM..,
: D
Friday, 25 November 2011
RAHSIA YAKJUD & MAKJUD

Lukisan oleh Qasim dari abad ke-16, diilustrasikan dari al-Quran, manusia membina tembok untuk menghalangi serangan Ya'juj dan Ma'juj
Yakjuj dan Makjuj atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam,Al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya’juj dan Ma’juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.
Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. ( Surah Al-Kahfi : 93)
Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi
Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (Surah Al-Kahfi : 94)
Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.Surah Al-Kahfi : 95 – 97)
Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (Surah Al-Kahfi : 98)
Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka
Dari Zainab binti Jahsy :
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)
Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi
Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Surah Al-Anbiyaa : 96-97)